Saturday, June 1, 2013

Makkah Live


Friday, January 29, 2010

Cerita-cerita Haji 2009-Siri 3



Di Makkah Sebelum 8 Zulkhijjah

..Kami sedang dalam ihram, menunggu masa untuk tawaf dan sai rukum umrah untuk haji Tamatuk. Kami diarah berkumpul di depan hotel pada masa malam, untuk mengikut mutawif ke Masjidil Haram. Kami diarah mengikut saja mutawif yang memegang sepanduk bertulis '81'.
..Ada beberapa shif mutawif yang menunggu, rasa cukup je jemaah, maka mutawif akan bergerak, kami mengikut saorang mutawif yang agak laju langkahnya. Kumpulan KT62, nampaknya tiadalah banyak orang muda-muda, kebanyakannya tua-tua dan tak boleh berjalan laju. ada juga yang tertinggal dan sempat mengikut mutawif yang dibelakang.
..Buat pertama kali kami sampai di Masjidil Haram, terpinga-pinga juga, mutawif dah tak nampak lagi, sangat ramai jemaah dari setiap pelusuk dunia menunggu untuk masuk line tawaf. Kawasan Kaabah memang penoh dan padat jemaah menjalankan ibadat tawaf.
..Kami mencari peluang dan masuk line tawaf, dan mengerjakan rukun umrah. Perlahan-lahan bergerak, membaca doa-doa sunat semasa tawaf. semasa tawaf tiada lagi mutawif memandu kami. Kami hanya sendirian. Tetapi rukun-rukun tawaf kami ikuti semasa belajar dalam masa yang singkat dulu.
..Selepas tawaf, kami terpaksa bertanya seorang jemaah, dimana pula bukit safar untuk kami sai. itupun selepas minum air zam-zam dan sembahyang sunat.
..Kami jalankan sai 7 pusingan mula di bukit Safar dan berakhir di bukit Marwah. Terasa hiba saya kenangkan bagaimana Siti Hajar, dimasa itu berlari-lari demi memohon kepada Allah untuk anaknya yang masih kecil, Ismail. Betapa saorang ibu menjaga anaknya, sanggup membuat apa saja untuk anak. Sebelum ini dia juga taat pada suaminya Nabi Ibrahim dan mengikut kehendak suaminya menempatkanya di situ, tanah yang gersang dan ada segala kesusahan.
..Kami bergunting rambut bagi tahlul, merupakan tamatnya kami dalam ihram dan selesai ibadat umrah.

Friday, January 15, 2010

Cerita-cerita Haji 2009 - Siri 2

Penginapan di Makkah
..

..Hotel Burj Abbas, atau maktab 81, tingginya 12 tingkat, dalam 800 meter jaraknya dengan Masjidil Haram. Kami tinggal di tingkat 9, bilik ada penyaman udara, lengkap dengan katil bujang, cadar, selimut dan bantal, standard 3 star, dan kami di masukan 5 orang sebilik. Nak kata sesak, taklah juga. Lagipun kita nak mengerjakan haji, bukannya untuk berseronok percutian. Rasa sudah memadai dengan bayaran yang LTH kenakan. Dalam bilik ada juga hot plate untuk memasak, tetapi tak boleh pakai kerana elektrik short. Minta repair tak juga siapa datang di sepanjang tinggal disana. Mungkin pihak hotel tidak galakkan untuk mengelakkan dari bahaya bila terlalu banyak pengguna.
..Maktab ini ada segala fasiliti yang disediakan oleh pihak LTH untuk jemaah seperti klinik, emergency room, doktor, kaunter keluar wang LTH, Dobi, Pos Malaysia, Surau, dewan makan, talipon dan sebagainya. Sekali pandang, macam semuanya milik LTH.
..Makanan disediakan 2 kali sehari, iaitu makan tengah hari dan malam. Semuanya sedia di masukkan dalam paket-paket khas dari pinggan kertas aluminium. Makanan standard Malaysia. Ikan, daging, kambing atau ayam dan sayur dengan nasi berpulut. Air minuman dalam botol dan untuk makan tengahhari disediakan juga buah limau, pisang atau apple. Ramai jemaah mencari maggi untuk merobah rasa, famouslah juga.
..Waktu pagi kami keluar makan roti tempayan bersama kari kambing, atau ayam kenalah belanja dalam 5-12 rial seorang. Kadang-kadang makan roti bantal kat bilik saja dengan harga 1 rial untuk 6 buku. 1 buku pun dah cukup.
..Air teh/kopi senang diperolehi di hotel atau kedai-kedai makan di luar hotel dengan harga 1-2 rial sahaja.
..Kami berasa bertuah kerana kami dipimpin oleh petugas-petugas LTH yang sentiasa sedia, ramah, sabar, professional dan berpengalaman seperti: Pengurus maktab, Tuan Haji Mohyen bin Mosman dan pembantunya Tuan Haji Mohd. Shuhaimi bin Ahmad, Tuan Guru Agama, yang kami kenali dengan Ustaz Haji Shihabudin Alang Mat Piah, Pegawai perubatan Dr. Mohd. Lotfi Hamzah dan semua pegawai-pegawai petugas lain. Saya akuai mereka telah memberi khidmat yang terbaik dan patut diberi pujian. Nampak kami, terutama Ustaz yang sangat-sangat bekerja tekun dan keras untuk memastikan semua jemaah bawah jagaannya dapat haji yang mabrur.



Wednesday, January 6, 2010

Cerita-cerita Haji 2009 - Siri 1



1. Panggilan Haji
..Kami seperti semua umat Islam Malaysia perlu mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji, LTH untuk menentukan bila masa dan ketika bagi kami ke Makkah untuk ibadat haji. Kami telah mendaftarkan diri dengan LTH 2 tahun lepas dan tarikh yang diperuntukan adalah pada tahun 2017. Setiap tahun kami membuat rayuan untuk dipercepatkan dari tarikh itu.

..Pada tahun ini pihak LTH, memanggil kami untuk 'on call'basis, katanya kalau 'on call' boleh dikatakan jadi lah tu. Alhamdullillah, panggilan Ilahi, kami diberi notis 2 hari untuk bersiap dan melaporkan diri di Kelana Jaya.
..Maka sibuklah kami mencari buku-buku, kawan-kawan haji, dan CD untuk belajar dalam masa sesinggkat itu. Mula-mula mengenal rukun-rukun haji, lepas itu mengenal wajib haji, dan seterusnya sunat-sunat. Lepas itu cara-cara dan pantang larang dalam ihram.
..Kawan-kawan yang telah pergi haji memaklumkan bahawa janganlah risau sangat kerana, LTH akan sentiasa memastikan sebelum memulakan kerja haji, mereka akan pastikan kita faham dan yakin melalui siri-siri ceramah di Makkah, dan juga khidmat guru agama yang sentiasa bersama kita di maktab-maktab Makkah. Sentiasalah tengok notis-notis yang di tampal oleh LTH.
..Kata mereka juga, tak payahlah nak beli itu ini bagi persiapan haji. beli lah yang sangat perlu saja seperti kain ihram, tali pinggang hijau, dan selipar yang selesa untuk mengerja haji. Kami pergi lah ke Supermarket Maidin, murah-murah harganya, dan kami beli 2 helai kain ihram, satu tali pinggang, seluar panjang untuk pakaian dalam dan baju t-shirt 3 helai. Lain-lain keperluan ambil saja yang ada di rumah.
..Dalam masa sesingkat itu, sempat lah juga kami membuat pemeriksaan kesihatan dan cucuk wajib. Seterusnya ke LTH untuk mengesah dan menggambil dokumen-dokumen, dan kami diberi hadiah haji dari pelbagai Agensi, seperti TM, LTH sendiri, bank, Syarikat Swasta dan sebagainya. Hadiah-hadiah tersebut adalah seperti, bag sangkut untuk dokumen, tikar, bag tarik 5Kg, Lotion, Cream, pencuci muka, ubat gigi, towel kecil, botol spray dan sebagainya selepas selesai dengan LTH.
..Tak sempatlah kami nak menghubungi semua kawan-kawan atau saudara mara untuk memaklumkan panggilan ini. Ada juga dengan SMS saja kami maklumkam.

2. Perjalanan Ke Jeddah.
..Kami kumpulan KT62, perlu melaporkan diri di Kelana Jaya 2 jam sebelum 9.30 malam 10 Nov 09. Penerbangan dijangka berangkat pada jam 1.30 pagi 11 nov 09. Perancangan balik ke KL pula adalah pada 20 Dec 09 dan jangkaan sampai ke KL pada 20 dec 09 jam 8.30 malam.
..Di Kelana Jaya, adalah tempat permulaan perjalanan Haji. Pendaftaran dibuat dengan ribuan manusia yang menghantar dan bakal-bakal Haji. Hari tu memang redup je dan hujan renyai-renyai di Kelana Jaya. Ada beberapa KT yang sedang mendaftar dan menunggu giliran.




.. Pendaftaran masuk agak lewat kerana kesesakan dan hujan, maka sesi taklimat sebelum naik bas tertunda, katanya akan berlangsung di KLIA. Kami terus je selepas timbang bag, cop paspot,menaiki bus yang sedia menunggu. Beberapa bas yang membawa kami di pandu dengan kawalan Polis trafik bermotor sehingga masuk terus ke dalam terminal menunggu. Tiada apa-apa kesesakan langsung dalam perjalanan bas kami, sangat teratur dan lancar.




..Sayu rasanya hati dalam perjalanan setakat ini, terasa secepat kilat dan suasana awal pagi.
..Di terminal menunggu kami hanya sempat Solat sunat ihram selepas memakai pakaian ihram saja kerana waktu sudah lewat, tanpa apa-apa taklimat, kami terus di arah menaiki pesawat, Saudi Air dan terus pesawat kami berangkat. Kami perlu berpakaian ihram kerana kapal kami akan mendarat di Jeddah dan akan terus ke Makkah.
..5 minit sebelum sampai Mikat, Anak kapal telah memberitahu kami untuk berniat. Dalam kumpulan kami ada yang niat Umrah, ada juga yang berniat Haji. bergantung pada diri sendiri untuk mengerjakan haji apa. Laungan 'Lab bai kallah hum malabbaik.......' diperdengarkan dalam pesawat bila melalui tanah haram.
..Kami sampai Jeddah, awal pagi, waktu solat subuh pun sudah hampir tamat. Kami solat di mana-mana ceruk sahaja. ada yang tak sempat pun.

.. Di Jeddah, urusan imigrasi, bag dan bas adalah lancar. Kami menaiki bas terus ke hotel Burj Abbas Makkah, atau dikenali dengan Maktab 81. Di sana kami diarah terus ke bilik hotel yang telahpun diuntukkan. Nama-nama kami telah dipamirkan di pintu bilik hotel. Bilik jemaah lelaki dan bilik jemaah perempuan diasingkan dan tidak dibenarkan memasuki bilik yang bukan sama genda. Perancangan LTH sangatlah cekap dan teliti setakat ini. Kecuali taklimat yang sepatutnya ada sebelum bertolak di Kelana Jaya, tidak disampaikan. Taklimat ini mungkin sudah termaklum pada jemaah haji yang mengikuti kursus haji anjuran LTH, tetapi kami memang tidak menyertainya sebelum ini.