Friday, January 29, 2010

Cerita-cerita Haji 2009-Siri 3



Di Makkah Sebelum 8 Zulkhijjah

..Kami sedang dalam ihram, menunggu masa untuk tawaf dan sai rukum umrah untuk haji Tamatuk. Kami diarah berkumpul di depan hotel pada masa malam, untuk mengikut mutawif ke Masjidil Haram. Kami diarah mengikut saja mutawif yang memegang sepanduk bertulis '81'.
..Ada beberapa shif mutawif yang menunggu, rasa cukup je jemaah, maka mutawif akan bergerak, kami mengikut saorang mutawif yang agak laju langkahnya. Kumpulan KT62, nampaknya tiadalah banyak orang muda-muda, kebanyakannya tua-tua dan tak boleh berjalan laju. ada juga yang tertinggal dan sempat mengikut mutawif yang dibelakang.
..Buat pertama kali kami sampai di Masjidil Haram, terpinga-pinga juga, mutawif dah tak nampak lagi, sangat ramai jemaah dari setiap pelusuk dunia menunggu untuk masuk line tawaf. Kawasan Kaabah memang penoh dan padat jemaah menjalankan ibadat tawaf.
..Kami mencari peluang dan masuk line tawaf, dan mengerjakan rukun umrah. Perlahan-lahan bergerak, membaca doa-doa sunat semasa tawaf. semasa tawaf tiada lagi mutawif memandu kami. Kami hanya sendirian. Tetapi rukun-rukun tawaf kami ikuti semasa belajar dalam masa yang singkat dulu.
..Selepas tawaf, kami terpaksa bertanya seorang jemaah, dimana pula bukit safar untuk kami sai. itupun selepas minum air zam-zam dan sembahyang sunat.
..Kami jalankan sai 7 pusingan mula di bukit Safar dan berakhir di bukit Marwah. Terasa hiba saya kenangkan bagaimana Siti Hajar, dimasa itu berlari-lari demi memohon kepada Allah untuk anaknya yang masih kecil, Ismail. Betapa saorang ibu menjaga anaknya, sanggup membuat apa saja untuk anak. Sebelum ini dia juga taat pada suaminya Nabi Ibrahim dan mengikut kehendak suaminya menempatkanya di situ, tanah yang gersang dan ada segala kesusahan.
..Kami bergunting rambut bagi tahlul, merupakan tamatnya kami dalam ihram dan selesai ibadat umrah.

No comments:

Post a Comment