Friday, January 15, 2010

Cerita-cerita Haji 2009 - Siri 2

Penginapan di Makkah
..

..Hotel Burj Abbas, atau maktab 81, tingginya 12 tingkat, dalam 800 meter jaraknya dengan Masjidil Haram. Kami tinggal di tingkat 9, bilik ada penyaman udara, lengkap dengan katil bujang, cadar, selimut dan bantal, standard 3 star, dan kami di masukan 5 orang sebilik. Nak kata sesak, taklah juga. Lagipun kita nak mengerjakan haji, bukannya untuk berseronok percutian. Rasa sudah memadai dengan bayaran yang LTH kenakan. Dalam bilik ada juga hot plate untuk memasak, tetapi tak boleh pakai kerana elektrik short. Minta repair tak juga siapa datang di sepanjang tinggal disana. Mungkin pihak hotel tidak galakkan untuk mengelakkan dari bahaya bila terlalu banyak pengguna.
..Maktab ini ada segala fasiliti yang disediakan oleh pihak LTH untuk jemaah seperti klinik, emergency room, doktor, kaunter keluar wang LTH, Dobi, Pos Malaysia, Surau, dewan makan, talipon dan sebagainya. Sekali pandang, macam semuanya milik LTH.
..Makanan disediakan 2 kali sehari, iaitu makan tengah hari dan malam. Semuanya sedia di masukkan dalam paket-paket khas dari pinggan kertas aluminium. Makanan standard Malaysia. Ikan, daging, kambing atau ayam dan sayur dengan nasi berpulut. Air minuman dalam botol dan untuk makan tengahhari disediakan juga buah limau, pisang atau apple. Ramai jemaah mencari maggi untuk merobah rasa, famouslah juga.
..Waktu pagi kami keluar makan roti tempayan bersama kari kambing, atau ayam kenalah belanja dalam 5-12 rial seorang. Kadang-kadang makan roti bantal kat bilik saja dengan harga 1 rial untuk 6 buku. 1 buku pun dah cukup.
..Air teh/kopi senang diperolehi di hotel atau kedai-kedai makan di luar hotel dengan harga 1-2 rial sahaja.
..Kami berasa bertuah kerana kami dipimpin oleh petugas-petugas LTH yang sentiasa sedia, ramah, sabar, professional dan berpengalaman seperti: Pengurus maktab, Tuan Haji Mohyen bin Mosman dan pembantunya Tuan Haji Mohd. Shuhaimi bin Ahmad, Tuan Guru Agama, yang kami kenali dengan Ustaz Haji Shihabudin Alang Mat Piah, Pegawai perubatan Dr. Mohd. Lotfi Hamzah dan semua pegawai-pegawai petugas lain. Saya akuai mereka telah memberi khidmat yang terbaik dan patut diberi pujian. Nampak kami, terutama Ustaz yang sangat-sangat bekerja tekun dan keras untuk memastikan semua jemaah bawah jagaannya dapat haji yang mabrur.



2 comments:

  1. saya di tingkat 3. Hot plate boleh guna, jadi kami guna untuk membakar daging dan panaskan makanan.

    ReplyDelete